BM | ENG
Beg Oren membolehkan ahli Affiliate memaparkan produk dan mengurus baucar semasa sesi strim langsung.
Hanya satu produk dan satu baucar boleh dipaparkan pada satu-satu masa. Hos boleh menukar produk dan baucar yang ditampilkan semasa strim langsung.
Hos digalakkan membiasakan diri dengan produk dalam Beg Oren - penonton menghargai apabila hos boleh menerangkan ciri-ciri produk yang dipaparkan dengan baik
Mulai 7 Mac 2025, Shopee Affiliate boleh menambah sehingga 300 item ke dalam beg oren dalam satu sesi strim langsung.
Langkah 1: Pilih ‘Create Stream’
Langkah 2: Tekan ‘Add Related Products’
Langkah 3: Pilih produk daripada 'My Likes' dan tekan tambah
Langkah 4: Sekarang anda boleh menguruskan kedudukan urutan produk anda. Jika semua sudah tersedia, tekan ‘Next’'
Langkah 5: Anda boleh mula strim langsung dengan tekan ‘Go Live’!
Langkah 6: Setiap kali anda ingin menukar produk yang dipaparkan atau menguruskan baucar, tekan Beg Oren atau ‘featured product’.